Malam ini telah berlangsungnya perlawanan yang dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong skuad harimau melaya atau, malaysia yang telah menghitung hari demi hari bagi menantikan tiupan visel permulaan yang telah berlangsung sebentar tadi di stadium bukit jalil kuala lumpur yang menyaksikan perlawanan diantara malaysia menetang indonesia .Kehadiran para penyokong ke stadium menambahkan lagi semangat kepada skuad negara untuk beraksi dengan lebih yakin dan bertenaga .
Di awal minit perlawanan ternyata skuad negara mampu menguasai permainan dengan baik, dimana skuad negara dapat mewujudkan beberapa peluang bagi mencipta jaringan,asakan demi asakan dilakukan tetapi berjaya dihalang oleh kehebatan penjaga gol pihak lawan .Sehinggalah ke minit ke 30 baru pihak lawan dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad negara dimana mereka berjaya membalas serangan yang tampak berbahaya oleh indonesia .Separuh masa pertama perlawanan berlangsung dengan agak seimbang diantara kedua-dua negara .
Setelah berhenti rehat selama 15 minit perlawanan di teruskan dengan separuh masa kedua .Masing-masing masih menggunakan barisan pemain-pemain utama tanpa memasukkan pemain gantian dan menggunakan formasi yang sama .Sehinggalah minit ke 62 telah terjadinya aksi-aksi yang tidak diingini oleh kesemua penyokong bola sepak seluruh dunia .Dimana para penyokong telah menunjukkan sikap yang kurang sopan dimana mereka telah menggunakan lampu laser bagi menyilaukan pemandangan penjaga gol indonesia ketika skuad negara melakukan serangan ke arah kubu mereka yang mengakibatkan terhentinya perlawanan seketika sehingga memaksa SULTAN PAHANG turun ke padang bagi memastikan keadaan pulih seperti sedia kala .
Selepas hampir 10minit perlawanan terhenti barulah pengadil perlawanan membuat keputusan untuk meneruskan perlawanan semula .Dan diminit ke 73 skuad negara berjaya memecahkan benteng pertahanan pihak lawan dengan melakukan serangan kilat ke arah pintu gol indonesia yang membuatkan suasana di stadium dan dirumah menjadi huru hara dengan jaringan gol pertama malaysia yg dijaringkan oleh safee sali dengan merembat kencang bola yang dihantar oleh nasyarul idlan talaha ke pintu gol .Selang beberapa minit kemudian gol kedua terhasil daripa sepakan kencang oleh asyaari samsudin daripada luar kotak penalti yang cuba dihalang oleh pertahanan indonesia tetapi tidak berjaya sama sekali .Suhu permainan ditingkatkan lagi oleh skuad malaysia dimana mereka bertubi-tubi melakukan serangan demi serangan ke pintu goal lawan sehingga terciptanya gol ke tiga yang sekali lagi dilakukan oleh safee sali dengan menanduk tepat dan tajam ke pintu gol indonesia .Indonesia cuba melakukan counter attack ke arah pintu gol malaysia bagi merapatkan jurang perbezaan jaringan gol tetapi berjaya dihalang oleh kecekapan penjaga gol malaysia iaitu khairul fahmi atau lebih mesra dengan gelaran apek .
Sehingga ke akhir perlawanan skuad negara berjaya mengekang asakan pihak lawan bagi membolosi pintu gol malaysia .Akhirnya skuad negara berjaya membawa bekalan selesa ke stadium gelora bungkarno senayan di indonesia .Dengan jumlah jaringa 3-0
yang membanggakan penyokong-penyokong fanatik skuad negara .Sekian majulah sukan untuk negara .
5 Comentários
uiks!!
pandai ulas sukan nampak.
bagus bagus bagus......
hehe boleh jadik pengulas bola sepak nieh..hehe
he he heee....
bolee la bila bercampur dengan orang yg gila bola......
Malaysia bOleh..
x sia² aii dok depan tb.. x berganjak² huhuh
saper la gi suluh muka penjg gol tu dgn laser? xptut wt mcm tu. Ti indon nak sapu Malaysia lg kang. hehe
Catat Ulasan