Selamat Datang Ke Blog Pink Pearl lady.Blogspot.COM,TeRiMa KaSiH DiUcaPKaN KePaDa SeMua BloGGeR YanG SuDi LoG In BloG PPL SerTa SuDi MeMBeRi CoMenT.JuGa TaK LuPa KePaDa BloGGeR Yang IkhLaS MenJaDi FOLLOWERS PPL,tinggalkan jejak anda untuk PPL jejaki semula....JuTaaN TeRiMa KaSiH.... kalau rajin kliK-KLIK Selalu,sila singgah lagi,harap bergumbira membaca entry di blog PPL...

Pink Pearl Lady

Foto saya
ibu kepada PUTERI QASEH ARIEYANATASYA & MUHAMMAD PUTRA IQBAL DANISH,berasal dr TELUK INTAN,PERAK.kini menetap di Kulim,kedah.

Khamis, 13 Januari 2011

SKUAD HARIMAU MALAYA DAPAT GANJARAN LAGI

Tahniah...... sempena kemenangan skuad harimau malaya di kejohanan piala suzuki aff 2010 baru-baru ini,macam-macam penghargaan di terima oleh skuad itu.Begitu pun, segala pujian dan ganjaran yang diterima skuad kebangsaan atas kejayaan merangkul kejuaraan itu diharap tidak melekakan, apa lagi memanjakan mereka seperti sering berlaku sebelum ini. 


kegembiraan rakyat atas kejayaan itu lebih bermakna kerana sudah terlalu lama menunggu  skuad kebangsaan menjulang piala, bukan kerana prestij kejuaraan itu.Piala Suzuki AFF hanyalah untuk Asia Tenggara yang mutu bola sepaknya masih jauh di bawah dalam rangking dunia. Skuad kebangsaan juga masih jauh untuk menyamai rekod Malaysia yang pernah menjadi gergasi bola sepak Asia satu ketika dulu. 

Memang ahli sukan di Malaysia bertuah berbanding rakan mereka di negara lain. Pelbagai ganjaran – wang tunai, tanah, rumah dan bintang kebesaran – diterima apabila mencatat kejayaan, walaupun ada ketikanya pencapaian tidak setinggi mana dari segi kedudukan pada peringkat antarabangsa. Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, prestasi pasukan kita merudum semula selepas itu sehingga dijanjikan dengan ganjaran yang lebih besar lagi. Terbaru setiap pemain di beri ganjaran rm 65,000.Tidak terkecuali jurulatih skuad negara juga mendapat rm65,000 sebagai ganjaran kerana telah berjaya melatih skuad negara dengan jayanya.....

Kita tidak tahu sama ada ganjaran seumpama itu membantu meningkatkan pencapaian pasukan kita atau sebaliknya. kebanyakan negara yang muncul sebagai gergasi bola sepak dan melahirkan pemain terbaik di dunia seperti di Afrika dan Amerika Latin adalah miskin serta tidak mampu menjanjikan pelbagai ganjaran. Mereka hanya berbekalkan semangat untuk menjadi yang terbaik, memperbaiki kehidupan dan menjulang nama negara. 

Jadi harapan ppl Semoga skuad kebangsaan menjadikan pujian dan ganjaran yang diterima mereka sekarang sebagai dorongan untuk merangkul pelbagai kejuaraan yang lebih besar selepas ini. Tahniah Harimau Malaya. 

10 Comentários

miera momo chan berkata...[Reply to comment]

tag kamu sini
http://momoplayground.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

s h a berkata...[Reply to comment]

Wahh...untungnye diorang...bagus2...lepas ni lebih semangat nk bertarung...

tiefazatie berkata...[Reply to comment]

best kan dorg!hihi

fiqkbe berkata...[Reply to comment]

ni yg jeles ni =P

Nadia berkata...[Reply to comment]

nadia xlh tnggl kat cbox so tggl kat cini

ndia dh siapkn cursor kmu :) http://nadiacontest.blogspot.com/2011/01/cursor-terlambat-siap-sowi-y.html
sowi lewt :)

ndia asa gnguan dri love trun2 tu lh akak sbb tu xlh klik cbox :)

Pink Pearl Lady berkata...[Reply to comment]

@miera momo chantq taq PPL....

Pink Pearl Lady berkata...[Reply to comment]

@s h e eharap2 mcm tu la jgn sampai lupa diri jerrr....

Pink Pearl Lady berkata...[Reply to comment]

@tiefazatiememang best....

Pink Pearl Lady berkata...[Reply to comment]

@fiqjgn jeles2,tu tandanya negara hargai jasa mereka...

Pink Pearl Lady berkata...[Reply to comment]

@N@di@tq bagitau memang shout box tu payah klip n tq`sbb wat cursor untuk ppl...


***Pink PearL BaNNeR***

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

BaNNeR RaKaN2 PPL

create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
picasaweb
 
© 2009 | ***** Pink Pearl Lady ***** | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com