Kami bertolak ke Langkawi pada pagi 3hb feb,pada malam tue semua adik-beradik dah berkumpul di rumah sewa adik di taman teratai di kulim.alaa adik-beradik PPL semua dah menetap di kulim cuma seorang jer yang bekerja di klang selangor, tinggal emak ayah jer yang tinggal di kampong.
bertolak pukul 7.30 pg sebelum tue singgah sarapan pagi di padang serai dulu,selepas habis berserapan kami teruskan perjalanan.kira-kira pukul 11 pagi kami sampai ke jetty kuala perlis,punyala ramai manusia nak masuk parkingpun berejam.sampai nak beli tiket ferry tengok orang beratur punyala panjang,nasib baik kat kuala perlis ada rumah saudara,jadi kami pergi singgah ke rumah tok su yang tak jauh dari jetty cuma tinggal adik seorang duk beratur beli tiket.akhirnya dapat tiket pukul 2.30 petang.
dalam pukul 2 petang kami semua bersiap bertolak ke jetty ingat dalam pukul 2.30 petang boleh naik ferry tapi rupa-rupanya terpaksa menunggu sampai ke pukul 5 petang baru boleh naik ferry.menunggu sampai macam pelarian dah,yeala dengan anak-anak kecil yang dah tak tahan nak menunggu dengan kesesakan,terpaksa duk berimpit laa macam-macam....
rupa-rupanya hari tue memang ramai sungguh yang nak pergi ke langkawi sampai berita tv3 pun siarkan berita kesesakan pelancung di jetty kuala perlis.orang dah macam semut punya ramai.....
oklaa dah panjang PPL duk membebel tie PPL sambung lagi.....
4 Comentários
memang masuk tv3. muka PPL masuk tv gak ker?
huhuhu patut la blog ni lama x diupdate.
pegi bercuti rupanyer.
tuela pergi bercuti...
best oooo
wahh...beshnyew pg langkawi...bulan 5 ni sy nk ke langkawi juge dgn family... (^___^)
@s h e epergilaa melawat ke semua tempat bersejarah,anak ppl sampai laa syok sgt & dia paling tak lupa cerita tentang mahsuri...
sory lambat update
Catat Ulasan