Selamat Datang Ke Blog Pink Pearl lady.Blogspot.COM,TeRiMa KaSiH DiUcaPKaN KePaDa SeMua BloGGeR YanG SuDi LoG In BloG PPL SerTa SuDi MeMBeRi CoMenT.JuGa TaK LuPa KePaDa BloGGeR Yang IkhLaS MenJaDi FOLLOWERS PPL,tinggalkan jejak anda untuk PPL jejaki semula....JuTaaN TeRiMa KaSiH.... kalau rajin kliK-KLIK Selalu,sila singgah lagi,harap bergumbira membaca entry di blog PPL...

Pink Pearl Lady

Foto saya
ibu kepada PUTERI QASEH ARIEYANATASYA & MUHAMMAD PUTRA IQBAL DANISH,berasal dr TELUK INTAN,PERAK.kini menetap di Kulim,kedah.

Ahad, 27 Mac 2011

KEHEBATAN FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA....





Yaa   kali ini PPL nak kongsi cerita dengan semua yang masih belum menonton filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA......

PPL dah hampir 4 tahun tak tengok wayang maklumla bila ada anak kecil,last PPL tengok masa pregnant anak sulong,lepas tue tak tengok dah.Bukan tak teringin nak tengok wayang tapi takde kesempatan tambahan pula anak PPL sebelum nie penakut,dia takut tempat gelap,takut dengar bunyi bising,tapi sekarang dia dah besar bolehla bawak tengok wayang sekali....


laa lari tajuk pulak....bila tengok tajuk filem tue PPL memang teringin sangat nak tengok,bukan apa tak pernah tahupun sebelum nie cerita hikayat merong mahawangsa sebelum nie,kata suami PPL citer nie memang glamour laaa...tambahan pula di arahkan oleh KRU,siapa tak kenak dengan tiga beradik nie memang semua filem ataupun apa sahaja ciptaan mereka mesti best....



Filem ini dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri yang memang best dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).



Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.



Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walaubagaimanapun, kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.

Jadi jangan lepaskan peluang pergila bersama-sama family menonton filem ini...

4 Comentários

tehr berkata...[Reply to comment]

belum menontonnya lagi la
tapi ramai yang kata bagus
saya sendiri tak tahu nak kata apa
hehe

mie berkata...[Reply to comment]

memang best...
teringin nak menonton skali lagi..
eehehee

Pink Pearl Lady berkata...[Reply to comment]

@tehr
nak tau kenalaa pergi tengok....
mesti tak rugi....

Pink Pearl Lady berkata...[Reply to comment]

@mie
betul dah tengok sekali rasa nak tengok lagi.....


***Pink PearL BaNNeR***

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

BaNNeR RaKaN2 PPL

create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
picasaweb
 
© 2009 | ***** Pink Pearl Lady ***** | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com