Selamat Datang Ke Blog Pink Pearl lady.Blogspot.COM,TeRiMa KaSiH DiUcaPKaN KePaDa SeMua BloGGeR YanG SuDi LoG In BloG PPL SerTa SuDi MeMBeRi CoMenT.JuGa TaK LuPa KePaDa BloGGeR Yang IkhLaS MenJaDi FOLLOWERS PPL,tinggalkan jejak anda untuk PPL jejaki semula....JuTaaN TeRiMa KaSiH.... kalau rajin kliK-KLIK Selalu,sila singgah lagi,harap bergumbira membaca entry di blog PPL...

Pink Pearl Lady

Foto saya
ibu kepada PUTERI QASEH ARIEYANATASYA & MUHAMMAD PUTRA IQBAL DANISH,berasal dr TELUK INTAN,PERAK.kini menetap di Kulim,kedah.

Isnin, 27 Disember 2010

KEKECOHAN DI PERLAWANAN AKHIR PIALA AFF SUZUKI

 



Malam ini telah berlangsungnya perlawanan yang dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong skuad harimau melaya atau, malaysia yang telah menghitung hari demi hari bagi menantikan tiupan visel permulaan yang telah berlangsung sebentar tadi di stadium bukit jalil kuala lumpur yang menyaksikan perlawanan diantara malaysia menetang indonesia .Kehadiran para penyokong ke stadium menambahkan  lagi semangat kepada skuad negara untuk beraksi dengan lebih yakin dan bertenaga .
Di awal minit perlawanan ternyata skuad negara mampu menguasai permainan dengan baik, dimana skuad negara dapat mewujudkan beberapa peluang bagi mencipta jaringan,asakan demi asakan dilakukan tetapi berjaya dihalang oleh kehebatan penjaga gol pihak lawan .Sehinggalah ke minit ke 30 baru pihak lawan dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad negara dimana mereka berjaya membalas serangan yang tampak berbahaya oleh indonesia .Separuh masa pertama perlawanan berlangsung dengan agak seimbang diantara kedua-dua negara .
Setelah berhenti rehat selama 15 minit perlawanan di teruskan dengan separuh masa kedua .Masing-masing masih menggunakan barisan pemain-pemain utama tanpa memasukkan pemain gantian dan menggunakan formasi yang sama .Sehinggalah minit ke 62 telah terjadinya aksi-aksi yang tidak diingini oleh kesemua penyokong bola sepak seluruh dunia .Dimana para penyokong telah menunjukkan sikap yang kurang sopan dimana mereka telah menggunakan lampu laser bagi menyilaukan pemandangan penjaga gol indonesia ketika skuad negara melakukan serangan ke arah kubu mereka yang mengakibatkan terhentinya perlawanan seketika sehingga memaksa SULTAN PAHANG turun ke padang bagi memastikan keadaan pulih seperti sedia kala . 
Selepas hampir 10minit perlawanan terhenti barulah pengadil perlawanan membuat keputusan untuk meneruskan perlawanan semula .Dan diminit ke 73 skuad negara berjaya memecahkan benteng pertahanan pihak lawan dengan melakukan serangan kilat ke arah pintu gol indonesia yang membuatkan suasana di stadium dan dirumah menjadi huru hara dengan jaringan gol pertama malaysia yg dijaringkan oleh safee sali dengan merembat kencang bola yang dihantar oleh nasyarul idlan talaha ke pintu gol .Selang beberapa minit kemudian gol kedua terhasil daripa sepakan kencang oleh asyaari samsudin daripada luar kotak penalti yang cuba dihalang oleh pertahanan indonesia tetapi tidak berjaya sama sekali .Suhu permainan ditingkatkan lagi oleh skuad malaysia dimana mereka bertubi-tubi melakukan serangan demi serangan ke pintu goal lawan sehingga terciptanya gol ke tiga yang sekali lagi dilakukan oleh safee sali dengan menanduk tepat dan tajam ke pintu gol indonesia .Indonesia cuba melakukan counter attack ke arah pintu gol malaysia bagi merapatkan jurang perbezaan jaringan gol tetapi berjaya dihalang oleh kecekapan penjaga gol malaysia iaitu khairul fahmi atau lebih mesra dengan gelaran apek .
Sehingga ke akhir perlawanan skuad negara berjaya mengekang asakan pihak lawan bagi membolosi pintu gol malaysia .Akhirnya skuad negara berjaya membawa  bekalan selesa ke stadium gelora bungkarno senayan di indonesia .Dengan jumlah jaringa 3-0
yang membanggakan penyokong-penyokong fanatik skuad negara .Sekian majulah sukan untuk negara .

5 Comentários

Tuan Penasihat berkata...[Reply to comment]

uiks!!
pandai ulas sukan nampak.
bagus bagus bagus......

Cikbelog berkata...[Reply to comment]

hehe boleh jadik pengulas bola sepak nieh..hehe

Pink Pearl Lady berkata...[Reply to comment]

he he heee....
bolee la bila bercampur dengan orang yg gila bola......

Ummu Iman_Irfan berkata...[Reply to comment]

Malaysia bOleh..
x sia² aii dok depan tb.. x berganjak² huhuh

Mawar Merah berkata...[Reply to comment]

saper la gi suluh muka penjg gol tu dgn laser? xptut wt mcm tu. Ti indon nak sapu Malaysia lg kang. hehe


***Pink PearL BaNNeR***

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

BaNNeR RaKaN2 PPL

create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
picasaweb
 
© 2009 | ***** Pink Pearl Lady ***** | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com