Selamat Datang Ke Blog Pink Pearl lady.Blogspot.COM,TeRiMa KaSiH DiUcaPKaN KePaDa SeMua BloGGeR YanG SuDi LoG In BloG PPL SerTa SuDi MeMBeRi CoMenT.JuGa TaK LuPa KePaDa BloGGeR Yang IkhLaS MenJaDi FOLLOWERS PPL,tinggalkan jejak anda untuk PPL jejaki semula....JuTaaN TeRiMa KaSiH.... kalau rajin kliK-KLIK Selalu,sila singgah lagi,harap bergumbira membaca entry di blog PPL...

Pink Pearl Lady

Foto saya
ibu kepada PUTERI QASEH ARIEYANATASYA & MUHAMMAD PUTRA IQBAL DANISH,berasal dr TELUK INTAN,PERAK.kini menetap di Kulim,kedah.

Khamis, 6 Januari 2011

SIKAP TAMAK PUNCA MINYAK MASAK TIDAK MENCUKUPI


Sejak seminggu lebih kebelakangan ini hampir kebanyakan tempat mengalami masalah kehabisan minyak masak,di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu. ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

perkara ini terjadi kerana sikap tamak pihak tertentu yang menyorok bekalan minyak masak berikutan ada desas desus menyatakan kenaikan harga minyak tersebut,mereka berbuat begitu untuk mengaut untung berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesusahan pengguna,ia di akui sendiri oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).
"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.Minyak masak adalah barang keperluan untuk memasak jadi jika tiada bekalan semua pengguna tidak dapat menyediakan sajian untuk keluarga,malah para peniaga makanan dan kuih-muih turut terjejas kerana tidak dapat meniaga...
Harap pihak berwajib dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin......

4 Comentários

paah mohamad berkata...[Reply to comment]

nanti tak pasal2 kena goreng pkai air je. haha.

paahmohamad.blogspot.com

Pink Pearl Lady berkata...[Reply to comment]

kalau boleh guna air lagi senangkan,save cost....
tp t air pulak naik harga ha...ha....

SoutulMujahid berkata...[Reply to comment]

perbuatan ni jelas HARAM dalam Islam. saya lupa apa istilah bg tindakan ni

SoutulMujahid berkata...[Reply to comment]

istilah ni namanya 'KANZUL MAAL'. haram dalam Islam.

kenapa berlaku? sbb penguasa kat negara kita menerapkan sistem2 sekular

sy dah jawab komen awak kat:
RAKYAT DIDAHULUKAN: Harga Minyak Naik Lagi

***Pink PearL BaNNeR***

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

BaNNeR RaKaN2 PPL

create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
picasaweb
 
© 2009 | ***** Pink Pearl Lady ***** | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com